12.28.08
Posted in Pulau Seberang at 3:25 am by mcasper
Kita sering tertawa sendirian, mengenang bahagian hidup yang terjah secara tiba-tiba. Mahu atau tidak, ia telah terpahat didalam memori. Tetapi, adakah kita mengambil ia sebagai salah satu panduan hidup? Adakah kita memikirkan apa yang tersirat disebalik kenangan serta kejadian? Tidak. Kita cuma tersenyum dan berlalu… Sambil berkata, “yang lepas jangan dikenang”…
Janganlah kita terlalu megah dengan pengalaman dan ilmu yang terbuku diotak masing-masing. Terkurang pengalaman satu saat yang berlalu, ia cukup untuk melabelkan diri Sang Megah dengan title “Si Bodoh yang sombong”. Biarlah diri kita dihormati dengan budi. Tetapi bukan ilmu yang dibanggakan, dan pengalaman yang tidak seberapa.
Jangan kapal yang dikemudi karam kerana kesilapan sendiri…
Permalink
04.27.08
Posted in Pulau Seberang at 11:44 pm by mcasper
Ada saja yang menyusur ditepi bila aku kehadapan. Kenapa dan mengapa begitu?. Jika ingin bantu, aku sedia bantu. Tapi, katakan niat itu terlebih dahulu. Jangan biarkan arus deras ini menjadi penyebab kau membisu. Perjalanan ini masih jauh, jadi benarkan aku belayar terus tanpa sebarang gangguan. Jika ingin bersama, aku sedia ada, sebagai teman diwaktu senang dan rujukan diwaktu sukar.
Tidak terlalu lewat, tidak terlalu cepat. Itulah masa. Tapi, ia tetap dan terus berjalan. Kita tak mampu menghalang masa, apatah lagi memberhentikan masa. Tapi, kita perlu bijak mencari peluang membelah masa.
Permalink
04.13.08
Posted in Pulau Seberang at 2:51 am by mcasper
Biler kite dah pandai sikit kemudi kapal, kiter rase kite nih hebat. Hebat sangat ke? Dah tau tau cam ner biler ade ribut? Penah rase bile ade anak kapal kurang? Penah hadapi kekurangan bekalan makan? Tak pun time hujan… Sesat? Mesti teruk kan? Well, semuanya mengajar kita erti kehidupan. Aku tabik dan bangga dengan rakan baik aku. Hampir lumpuh diperjalanan. Alhamdulillah kapal tidak karam. Aku cube yang terbaik untuk membimbing dia, untuk terus mara kehadapan. Lihat sahaja didasar laut. Sungguh banyak serpihan-serpihan kayu dari kapal karam. Aku tidak mahu dia jadi macam itu. Sebab aku terlalu sayangkan rakan aku. Lebih-lebih lagi dia adalah rakan terbaik aku. Yang pernah mengusul sejuta kata semangat. Hampir juga lemas. Walaupun kapal dia yang tidak seberapa, tetapi isinya cukup membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mendekatinya.
MasyaAllah… Benar kata Farhan, Cinta membangkitkan. Bukan melemahkan. Dari situ, aku belajar mengemudi kapal bersamanya. Walaupun tidak tahu halangan yang melanda, semangat dan nawaitu yang kukuh, membuatkan aku berpegang teguh pada janji. Janji yang pernah suatu ketika dahulu aku tanam. Hampir tewas. Allah membimbing kita. Dia hantarkan Srikandi sebagai pembangkit semangat aku yang hampir tewas. Dari pengalaman, aku bersama berjuang demi masa depan.
Aku cuba yang terbaik untuk memiliki kehidupan, dan dirinya…
Permalink